SEMPURNAKAN AJALKU DALAM ISLAM

"Engkau Penguasa dan pelindungku di dunia dan di akhirat sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang2 yang soleh..."


(Surah Yusuf: 10)




Blog Ini Masih Dalam Pembikinan. Harap Maaf Atas Kesulitan Yang Dihadapi




.:: Nak Tanyr? ::.
   

<< August 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


~*~ Jom Jalan Lagi!!! ~*~


Nafi' & Ibn Kathir

Abu Amru & Ibn Amir

'Asim & Hamzah

Kisaie


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Saturday, August 04, 2007
QIRA'AT DAN QURRA'

 
Lyrics
 
 

Kalam Allah berupa Mukjizat yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W daripada Jibril A.S dalam Bahasa Arab dan ditulis dalam beberapa Mushhaf bermula dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas dan diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya merupakan satu ibadah.

 

 
 

   DEFINISI QIRAAT

 
Ilmu Qiraat adalah salah satu ilmu dari cabang-cabang ilmu yang ada hubungan dengan al-Quran yang sewajarnya diberi perhatian yang serius. Semenjak penurunan wahyu Allah, yang merupakan satu-satunya sumber pengambilan Qyraat hingga kini, ilmu Qiraat sentiasa dijaga, dipelajari, disuburkan dan diperkembangkan oleh ulama' yang silih berganti. Hukum mempelajari ilmu Qiraat adalah fardhu kifayah.
 

 
 

   PEMBAHAGIAN QIRAAT

 
TERBAHAGI KEPADA DUA :

         a)    QIRAAT SAB'AH

         b)   QIRAAT A'SYARAH

 

 
 

QIRAAT SAB'AH

 

Bacaan-bacaan Tujuh yang disandarkan kepada tujuh imam al-Qurra iaitu:

§  Imam Nafi'

§  Imam Ibnu Kathir

§  Imam Abu 'Amru

§  Imam Ibnu 'Aamir

§   Imam 'Aashim

§  Imam Hamzah

§  Imam al-Kisaie

Bacaan-bacaan ini telah dihimpunkan oleh Imam al-Syatibi dalam matannya(syairnya) yang disebut Matan al-Syatibiah.

 

 

    QIRAAT  A'SYARAH

(Matan Ibn Jazari)

 

Butterfly7 Butterflies Free Animated GIF  Qiraat A'syarah al-Kubra

Bacaan-bacaan yang disandarkan kepada 10 Imam al-Qurra' yang terkenal iaitu:

§  Imam Nafi'

§  Imam Ibnu Kathir

§  Imam Abu 'Aamru

§  Imam Ibnu'Aamil

§  Imam 'Aashim

§  Imam Hamzah

§  Imam al-Kisaie

§  Imam Abu Ja'far

§  Imam Ya'kub

§  Imam Khalaf al-'Aasyir

Bacaan-bacaan ini telah dihimpunkan oleh Imam Ibnu al-Jazari dalam matannya(syairnya) yang disebut Matan al-Jazariah.

 

Butterfly7 Butterflies Free Animated GIFQiraat A'syarah al-Shughra

Bacaan-bacaan Sepuluh Kecil adalah bacaan-bacaan yang disandarkan kepada sepuluh Imam al-Qurra' yang sama tetapi gabungan dua sumber iaitu Al-Qiraat as-Sab'ah dan Al-Qiraat al-Thalath.

 

 

 KELEBIHAN ILMU QIRAAT

 

1.      Qiraat menjadi hujah dan panduan fuqaha' dalam mengistinbatkan hokum.

2.      Mengetahui tentang mushhaf al-Quran dan bacaan al-Quran harian yang mengadungi asas-asas tasyri' dan hukum hakam.

3.      Qiraat al-Quran sebagai dalil ketika membahaskan ilmu-ilmu seperti Bahasa Arab,Tafsir,Fiqh dengan membawa nas.


 DEFINISI TUJUH HURUF

 

1.     Khilaf Isim (nama) sama ada dibaca dengan satu (ifrad),dua (muthanna) atau ramai (jama').

     Contoh : (خطيئة) ifrad (satu) dibaca(خطيئاته) dengan jama' (ramai).

    Contoh :  (الأوليان) muthanna (dua) dibaca (الأولين)  dengan  jama' (ramai).

2.     Khilaf Feel (perbuatan) sama ada telah lalu (ماضى),sekarang(مضارع),atau suruhan (أمر).

             Contoh :  (تطوع)feel ماضى(telah lalu),dibaca  (يطوع)dengan feel مضارع             (sekarang).

Contoh :  (قال)feel ماضى(telah lalu),dibaca  (قل)dengan feel أمر (suruhan).

 

3.     Khilah I'rab(baris)

Contoh :  (حسنه)baris dua hadapan (مرفوع )dibac(مرفوع)adengan baris dua diatمفتوح) as

4.     Khilaf ithbat atau hazaf

Contoh :    (مالك)ithbat huruf alif  )dibaca dengan  (ملك)dihazafkan huruf alif.

 

5.     Khilaf didahulukan atau dikemudiankan. ( التقديم أو التأخيرContoh :  (وقاتلوا وقتلوا) dibaca .(وقتلو وقاتلوا )    

 

6.     Khilaf ibdal (tukar)

Contoh :    ( فتبونوا )ditukar bacaannya kepada  (فتثبتوا)

 

7.     Khilaf lahjah sama ada fathah,taklil atau imalah.


 


Posted at 05:35 am by syahratul_nisa

al fil
November 13, 2009   05:08 AM PST
 
kalau ustazah ada terjemahan matan imam al jazari dan tuhfah al atfal tolong letak dalam blog ni syukran
durratulhusna
October 10, 2009   05:13 AM PDT
 
xmau buh matan2 qiraat skali ke? bleh kogc...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Home Next Entry